Hari ini, kami bertiga sudah pun rancang untuk merakamkan musik video kami tetapi berbagai masalah timbul. Nazurah tidak membawa baju yang sesuai dan balik ke rumahnya sebentar. Setelah lama menunggu, dia pun menelefon untuk memberitahu bahawa dia tidak boleh datang pada hari itu. Sebabnya..kami pun tidak mengetahuinya. Sementara itu, kamera yang di gunakan tidak boleh mula merakam. Mirrah pula ada D&T kerana dia belum menyelesaikan barangnya. Terpaksalah kami tundakan rakaman itu pada esok hari.
Tadi malam setelah berbuka puasa, bapa saya memberitahu saya bahawa kami harus menekan butang merah itu yang menandakan mula merakam. Tapi apa yang boleh kita lakukan sekarang? Hanya boleh menunggu hingga esok hari. harap semua berjalan dengan lancar seperti apa yang telah kami merancang.
Mirrah telah pun menulis di komputernya semasa berada di rumah sendirian setelah kami berbincang apa yang akan kami buat untuk projek Estetika ini. Lyrik lagunya telah habis ditulis. Tinggal merakamkan video itu. Nazurah, Mirrah dan saya akan memasukkan video musik itu ke dalam CD dan menunjukkan kelas pada hari Khamis itu dengan menggunakan CD tersebut.
Monday, September 24, 2007
Sunday, September 16, 2007
Estetika
Saya akan bekerjasama bersama Mirrah serta Nazurah dalam projek Estetika ini. Kami akan menyanyikan sebuah lagu daripada rentak lagu “You are the Music in Me” yang dinyanyikan di sebuah cerita bertajuk “High School Musical 2”. Sekarang kami sedang merancang untuk membuat musik video. Lyrik lagu sudah pun kami fikirkan. Kira-kiranya kami menggunakan 3 jam untuk memikirkan lyric lagu baru itu. Selama ini, kami tidak menjalani sebarang masalah. Ia sangat senang untuk berbincang dengan mereka kerana saya sudah lama berkawan dengan mereka dan kami tidak pernah ada persalah faham antara kami bertiga. Untuk musik video tersebut, kami akan semua bernyanyi, berdansa serta melakonkan erti lyric lagu tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)